MEMPERKENALKAN PROGRAM SAM-ALFA
OBJEKTIF PROGRAM SAM-ALFA
- Untuk merekrut Ketua dan Ajen Takaful baru dari sektor Industri Jualan.
- Untuk memperkembangkan Agensi secara lebih professional dan produktif.
- Untuk membantu Ajen baru dengan sejumlah kos bagi Perjalanan Perniagaaan Takaful.
- Sebagai "Batu Loncatan" untuk memulakan perniagaan Insuran Takaful Malaysia.
RINGKASAN PROGRAM SAM-ALFA
- Khas untuk ahli EasyCare sahaja!
- Wajib menduduki TBE (Takaful Basic Exam) dengan bayaran RM 80.00 (rujuk laman Web IBFIM di www.ibfim.com)
- Menghantar borang permohonan dengan melampirkan sekali Resume, Salinan Sijil, Slip Gaji dan juga Penyata Bonus EasyCare.
- Peserta akan menandatangani perjanjian dengan Syarikat Takaful Malaysia Berhad.
- Peserta yang layak wajib mengikuti Program-program Motivasi dan Peningkatan Diri anjuran Syarikat dan STMB.
- Peserta yang layak wajib mengikuti Jadual Rancangan Perniagaan yang disediakan.
- Peserta akan menerima RM 1500 sebagai wang perjalanan perniagaan (Running Cost) sekiranya mencapai target jualan minimum untuk sebulan. (Sila rujuk terma dan syarat)
- Segala pembayaran komisyen adalah terus dari Takaful Malaysia ke akaun peserta. Syarikat Shah Alam Marketing tidak terlibat dengan sebarang pembayaran komisyen peserta.
- Shah Alam Marketing juga tidak akan mengambil sebarang wang pendahuluan dan hanya akan bertindak sebagai pengelola atau penyelia bagi program ALFA.




